MENGENALI SI PENA

Mohammad Nazree bin Md Wahid atau lebih mudah dikenali sebagai Nazree, merupakan anak sulung dari tiga orang adik beradik. Telah pun berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan 2 orang anak. Mempunyai pengalaman kerjaya hampir 13 tahun dalam bidang pentadbiran dan pengurusan di pelbagai lapangan; masjid, pertubuhan & syarikat.
​​
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pei Tong sehingga Darjah 6. Selepas itu, bermusafir hampir 10 tahun dalam menuntut ilmu di bidang agama. Memulakan langkah awal di Madrasah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakim, Johor Bharu untuk peringkat peralihan dan menengah. Selepas itu, ke Pusat Bahasa Arab, Zarqa Private University untuk memperdalami dan menguasai bahasa. Langkah seterusnya adalah menyelesaikan diploma yang pertama dalam bidang Syariah bersama Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam, Kelantan Darul Naim. Diploma kedua adalah dalam bidang Pengurusan Dakwah bersama Kolej Islam Muhammadiyah, Singapura. Peluang seterusnya terbuka luas untuk mengejar impian dengan melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah (UIM). Namun begitu, atas cabaran yang gagal ditangani, maka beliau hanya bertahan selama dua tahun di Ma'had Thanawi UIM.
​
​
​
​
Menuntut ilmu itu tidak pernah habis dalam kamus kehidupan beliau. Selain bidang agama, beliau juga mendalami bidang akademik dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Kingston University London. Selebihnya adalah Graduate Diploma in Training & Development dan Certified Professional Trainer dari Aventis School of Management. Tahun 2020, beliau selesai mengikuti program Graduate Diploma in Communication Management & Applied Innovation dari Singapore Management University.
​
Kini beliau menyandang jawatan sebagai Director bersama Anjung Turizm Services Pte Ltd dan Associate Consultant & Trainer di Madani Institute.
​
Ketika pandemic Covid-19 berlaku, beliau memberanikan diri untuk memasuki bidang Security selaku backup career. Selesai mengikuti 3 kursus Wajib (PGPS, HSIS & RTT), beliau terus memulakan tugas baru pada September 2020 hingga February 2021.
​
​
Beliau sedia untuk bekerjasama, membantu dalam menguruskan segala bentuk program Tour atau Konsultansi Program, boleh dihubungi melalui email: mohammadnazree@gmail.com





Office Anjung Turizm
Tag Cloud
%20-%20Made%20with%20PosterMyWall_edited.jpg)