KITA SENANTIASA MEMINTA, ALLAH SWT SENANTIASA MEMERINTAH
- Jul 8, 2017
- 2 min read
Seharian kita membaca surah al-Fatihah 17x diulang-ulang. Sedar atau tidak, kita telah meminta kepada Allah swt perkara yang sama bukan untuk diri kita tetapi untuk semua manusia yang ada diatas muka bumi.

Apa itu? Kita menyatakan: "Tunjukilah KAMI jalan yang lurus". Indahnya ketika mana kita memohon, Allah swt mengajarkan kita agar tidak ada perasaan sombong, bongkak dan berkepentingan sendiri.
Apakah sifat manusia secara realistiknya seperti yang dibaca dalam al-Fatihah, ayat 6? Atau kita hanya membaca pada dasar membaca sahaja?
Meminta tanpa membalas, adalah perkara yang tidak adil. Kita nak orang membantu, tapi kita terkadang mengelak dari membantu. Nampaknya praktikal kehidupan kita tidak selari dengan keihsanan pembacaan kita. Leganya kehidupan kita bila kehidupan itu diwarnai dengan tuntutan Islam sebenar. Apa yang perlu dilakukan? Apakah perkara paling minimum tapi Istiqamah menjadi asasnya?
Ianya telah disediakan dan Allah swt juga telah memerintahkan pada suatu perihal iaitu SOLAT. Kenapa Solat? Kenapa bukan benda lain?.
Syeikh Hasan bin Ahmad Hammam ketika membahas persoalan Solat dalam buku beliau 'Terapi Dengan Ibadah' telah membahagikannya kepada dua:
INDIVIDU - membangunkan serta memantapkan Aqidah, menguatkan Jiwa, mengatur Jemaah Manusia dan Berpegang Teguh Terhadap Aqidah.
JEMAAH - ianya memberikan satu bentuk Pengakuan Persamaan Kedudukan, Kekuatan Satu Barisan, Kesatuan Visi dan Misi yang Mengarah pada Satu Target, Meraih Redha Allah. Ketika berjemaah dalam Solat, dapat saling Berkenalan, Saling Berpaut dan Saling Menolong Dalam Kebaikan dan Taqwa. Akhirnya, memupuk Rasa Peduli Terhadap Kondisi dan Keadaan Kaum Muslimin

Perkataan صلاة secara khusus diulang dalam al-Quran sebanyak 63x. Manakala kata asal dari صلاة adalah صلو (rujuk readverse.com) diulang sebanyak 99x. Menjadi pemimpin, Allah menganjurkan dan menggalakkan untuk solat sepertimana yang disebut dalam surah Al-Baqarah kerana tema bagi surah tersebut adalah kepimpinan. Bagi individu yang ingin berjaya, Allah swt juga perintahkan pada pengamalan Solat yang Khusyuk sepertimana Allah swt nyatakan dalam surah al-Mukminun.

Dengan itu, jadilah manusia yang bukan hanya pandai meminta, tapi membalas atas apa yang Allah swt perintahkan. Ketikamana kita inginkan kejayaan, cari juga pemimpin yang mengutamakan penjagaan Solat kerana itu tandanya, bukan dia seorang sahaja yang ingin ke syurga tetapi adalah sama-sama menuju syurga Allah.

Comments