KISAH PADA SEKEPING GAMBAR
BAHAGIAN 1
Gambar ini terakam dengan pelbagai kisah antara suka, gembira dan duka. Tiada kalimah yang dapat terungkap ketika itu hanya ALHAMDULILLAH!. Kenapa?. Impian itu senantiasa ada untuk menunaikan Ibadah Umrah bersama Isteri, Nurul Ain. Allah menjawab hajat itu pada tahun 2016, bukan seruan dan sahutan yang biasa-biasa tapi terlalu luar biasa utk diri. Kali terakhir menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah pada March 2012. Undangan dan Kepercayaan itu menyapa pada bulan July/Sept, ketika itu soalan yang menerjah adalah; APAKAH MESEJ/KETENTUAN YANG ALLAH INGIN SAMPAIKAN?. Sedangkan waktu itu pelbagai perancangan dan persediaan telah diperhalusi, ternyata KETENTUAN YANG MAHA ESA adalah CUKUP HEBAT.
Saya & isteri dengan kepercayaan dari pihak pengurusan, maka kami berangkat ke Tanah Suci bersama Amanah dalam menguruskan jemaah. Syukur yang tidak terhingga, tiada Kalimah yang layak diungkapkan. Hanya ALHAMDULILLAH yang meniti dibibir, SYUKUR YA ALLAH DIATAS NIKMAT ITU.
BAHAGIAN 2
Terima kasih buat keluarga dan teman2 yang sudi menghantar dan mendoakan perjalanan kami, pergi dan balik dalam keadaan selamat. Ternyata, ada yang PERTAMA dan TERAKHIR menghantar kami di Airport. Arwah Obek Yusoff (berbaju warna hijau) telah pun dijemput Ilahi setelah beliau pulang dari menunaikan Umrah. Kematian dan Ujian itu benar, maka BERSABARLAH WAHAI HATI.
Dijelaskan oleh Allah swt dalam surah al-Baqarah: Ayat 94. Katakanlah: "Jika kamu (menganggap bahwa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginilah kematian(mu), jika kamu memang benar"
Orang-orang yang صادقين (golongan yang yang benar) ialah orang yang senantiasa ingin berada disisi Allah dengan ganjaran setelah kematian adalah syurga. Dekat dengan Allah swt itu adalah suatu nikmat yang tidak terhingga. Bagaimana ingin dekat dengan Allah swt? Pelbagai kaedah telah diberikan beserta displinnya; antaranya SOLAT, ZIKIR termasuk membaca al-Quran dan melaksanakan amal soleh diatas muka bumi. Amalan atas muka bumi adalah bayaran untuk kita merasakan syurga Allah!. Allah Akbar!
Tapi manusia BERSIKAP LALAI & MELAMPAUI BATAS DALAM KEHIDUPAN! LUPA PADA KEMATIAN! LUPA PADA SYURGA & NERAKA! LUPA PADA AMANAH HIDUP SEBAGAI HAMBA! KITA INI APA? - HIDUP NAFSU ATAS KURNIAAN ALLAH! SOMBONG!
Sekeping gambar yang memberikan pelbagai rasa!.
MERASA TERIMA KASIH KETIKA DISAPA ANUGERAH NIKMAT TAPI MENJAUH DARI BERHADAPAN MATI! YA ALLAH, KAMI HAMBAMU YANG HINA DAN DOSA!
Zalim ke Allah? Tidak sama sekali!
Allah swt ajarkan dalam surah ali Imran: Ayat 16. (Yaitu) orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka"
ربنا إننا ءامنا، فاغفرلنا ذنوبنا وقنا عذاب النار
Indah sungguh Allah aturkan kehidupan manusia dengan amalan, tapi SEDIH bila MANUSIA BUTA dan TULI pada MERENUNG HIDUP! Susun Hidup Untuk Akhirat Kerana Itu LEGASI KEKAL!.