top of page

PENYOMBONGAN DIRI LAHIR DARI SIKAP MENDUSTAKAN

  • Jan 2, 2018
  • 2 min read

Perkataan كذب diulang dalam al-Quran sebanyak 220 kali. Sudah pasti ada penegasan dan peringatan dari Rabb untuk hambanya yang kerdil.


Allah swt berfirman dalam Surah al-A'raf. S7:A40. "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan".


Ingat duhai manusiawi, syurga tiada tempat untuk orang yang mendustakan ayat Allah swt dan sikap manusia yang sombong. Ibn Kathir menjelaskan ayat:

لا تفتح لهم أبواب السماء - لا يرفع لهم منها عمل صالح و لادعاء

("tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit" - tidak diangkat amal soleh dan doa mereka). Tegas sungguh peringatan tersebut untuk kita agar berhati-hati. Urusan Ibadah dan berkaitan agama, jangan sesekali dianggap remeh. Islam datang dalam keadaan suci, maka peliharalah kesuciannya. Kandungan Islam turun ke bumi melalui perantaraan suci iaitu Malaikat yg membawa Amanah dari Allah swt. Tugas pendakwah, sampaikan hujjahmu atas nama Allah agar ianya mampu menjadi pelindung. Tugas orang Awam, adalah menghargai Islam dengan menuntut ilmu agar diri disirami dengan haruman syurga.



FITNAH ALIM vs FITNAH DUNIAWI


Dunia secara maklum di penuhi dengan fitnah, ianya jelas. Antara fitnah yang dahsyat adalah Fitnah Alim; apa itu fitnah alim? Alim itu difahami sebagai orang yang Alim atau sudut kefahaman mudah kebiasaannya ialah orang yang rajin dan kuat ibadah dan orang yang berpengetahuan serta cerdik pandai. Tapi marabahaya yang menanti dan andai tidak teguh prinsip, pasti penyelewengan kecil atau besar akan terjadi. Antara contoh biasa; Pengisian ceramah boleh jadi berisi yang mantap atau hanya sekadar maki dan hamun. Contoh lain; Menipu sudut sijil kelulusan - tidak lulus dan tiada sijil tapi tetap diangkat sebagai Tokoh. Contoh lain; Mempunyai kelulusan TETAPI menyeleweng sudut khabarnya - lulus Uni A tp dimaklumkan dia dari Uni B, mungkin nama nampak sama tapi taraf beza. Contoh lain; punya kelulusan cuma tidak berkemampuan berfikir secara kritis tapi tetap mendabik dada - punya M.A tapi piawaian sudut kajian gagal malah isi ceramah "goreng penuh dengan ramuan" tapi tetap menyatakan saya graduan M.A.


Sedih dan sakit bila Fitnah Alim itu lebih parah. Sedih bila ada insan yg ambil jalan mudah dengan menjual diri dgn kelulusan dan kemampuan yg tidak sampai. Hanya bermodalkan basah lidah dan pemanis bicara. SAKIT DUNIA ALIM!


RASA NYA SEPERTI INGIN KU TINGGALKAN DUNIA 'INDUSTRI' "ASATIZAH"!


Semoga ALLAH swt memberikan KETEGUHAN PRINSIP UNTUK RAKAN-RAKAN AGAR KEKAL DI ATAS JALAN YANG LURUS.


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page