top of page

LIHAT HIDUP PADA PENGAJARAN

  • Jan 14, 2018
  • 2 min read

Surah Yusuf. S12:A111. "Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal........."


Al-Quran ketika dibaca secara FOKUS, pasti kita akan bertemu dengan pelbagai kisah/sejarah yang mampu memberikan pengajaran. Sejarah lalu kekal relevan hingga kini walaupun ianya berubah zaman (post-modernisme). Tapi kenapa kita masih gagal melihat pada pengajaran?.


KISAH QURAN DAHULU / SEKARANG


Pertamanya, saya mohon MAAF pada golongan ini....


Memartabatkan Al-Quran (Bagus dan Paling Terbaik) tetapi KEGAGALAN manusia bila tidak dapat di bawa RUHNYA bersama. Sikap hebat kita pada satu aspek, tapi kita TERLUPA akan hadith yang dinyatakan oleh Saidatina Aisyah r.anh, ketika ditanya oleh Sahabat akan akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, "Akhlak Nabi SAW adalah Alquran." (HR Muslim). Terlalu teliti bersama Tajwid dan Makhraj (Tidak Salah malah Digalakkan) tetapi kita sekali lagi, seolah-olah tidak peduli pada ayat 6 dari Surah al-Alaq: "Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas".


Melampau yang bagaimana?


Mengajar itu mendidik bukan menghina dan menjatuhkan. Ramai dikalangan awam yang terkadang tidak pandai membaca bukan kerana tidak mahu membaca, tetapi kerana pengalaman lalu yang diherdik dan diperlekehkan. Kemampuan manusia tidak semuanya sama. Sedarlah!. Semakin kita mengajar al-Quran, seharusnya semakin dekat dengan Allah dan Akhlak kita hampir seperti Rasulullah saw.


Sekali lagi, ku mohon maaf.


Membaca al-Quran seharusnya mampu melahirkan manusia yang punya ruh/jiwa Qurani.


Ambil dan renungkan TEGURAN SYAIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI: "Umat Islam membaca al-Quran hanya dikarenakan mengharap berkah, tanpa analisis kritis dan menghayati maknanya secara mendalam apa yang terkandung di balik pernyataan ayat-ayat al-Quran". (Petikan dari buku, Al-Quran Kitab Zaman Kita)


KISAH SENI DAHULU / SEKARANG

Al-Quran dibaca, RUHNYA tiada. Aktivis Seni semangat berseni tetapi terkadang juga hilang RUHNYA. Oh Ruh!



Manusia sibuk memartabatkan SENI tapi ketika berinteraksi, GAGAL men'seni'kan apa yang ia martabatkan. Seni itu hanya berada pada sudut Physical nya sahaja. Mengalunkan gerak tari atau lakonan atau deklamasi, permainan emosi dijadikan agenda utama. Tetapi sesama manusia EMOSI itu tidak sampai, JANJI TINGGAL JANJI.....


Ditukil dari kitab at-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran oleh Imam an-Nawawi menyatakan bahawa al Hasan al Basri berkata, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian menganggap al-Quran adalah surat-surat dari Rabb mereka. Pada malam hari, mereka selalu merenunginya, dan akan berusaha mencarinya pada siang hari".


Nasihat Imam Ibn Jauzi harus ditanamkan dalam diri kita sebagai seorang hamba Allah: "Seseorang yang membaca al-Quran hendaknya melihat bagaimana Allah berlemah-lembut kepada makhlukNya dalam menyampaikan makna perkataanNya ke pemahaman mereka. Dan hendaknya ia menyedari, apa yang ia baca bukan perkataan manusia. Hendaknya ia menyedari keagungan Dzat yang mengucapkannya, dan hendaknya ia merenungi perkataanNya"


Renung! Fikir! Fahamkan!......


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page