top of page

SEJARAH BUKAN MEMBODOHKAN

  • Jan 30, 2018
  • 1 min read


Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah: A144


"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan."


Menengadah ke langit membawa maksud bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sering melihat ke langit mendoa dan menunggu-nunggu turunnya wahyu yang memerintahkan beliau menghadap ke Baitullah.

Ringkasnya dari merujuk Tafsir Ibn Kathir, menyatakan bahawa ketika penghijrahan ke Madinah, majoriti penduduk adalah golongan Yahudi. Ketika kiblat menghadap ke Baitul Maqdis untuk sepuluh bulan, golongan yahudi bergembira. Akhirnya atas perintah Allah,kiblat itu berubah ke Masjidil Haram. Sedih bila mengagungkan sejarah kekeramatan manusia sehingga terlupa sejarah sebenar pada peristiwa Isra' & Mikraj dan peristiwa Masjid Qiblatain.Wahyu itu jelas tapi cerita kononnya kekeramatan tongkat yang dapat melobangkan tembok sehingga ternampak Kaabah menjadi penentu arah kiblat. Jangan bodohkan umat!


Solat telah lama diperintahkan tapi jangan kau angkat keramat itu sebagai pencetus solat terjadi. Sekali lagi, jangan bodohkan umat!



Cukuplah ku melihat betapa ramai manusia berpusu-pusu mengambil air yg dianggap suci hanya kerana keramat. Dalam dunia, hanya Air zamzam yang diabadikan dalam sejarah hingga kini. Jangan bodohkan umat!


Allah swt mengajak dan menyeru manusia untuk berdoa kepadanya, tapi dikau biarkan manusia berdoa dan solat menghadap kuburan yang bertentangan dengan arah kiblat. Hentikan pembodohan umat!


Sedangkan Nabi saw wafat cuma sekali, ini kan sejarah untuk pembuktian keramat, MATI 9X!!!!!


Semoga aku mampu memelihara diri dan keluargaku dari penyelewengan membesarkan Allah swt.


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page