top of page

MENJADIKAN DUNIA SEBAGAI TEMPAT MERASA UNTUK MERAIH NIKMAT AKHIRAT

  • Apr 30, 2018
  • 1 min read

HARI TERKAHIR DI KOTA LAMPUNG

Surah al-An'am: Ayat 32 Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

Umumnya, manusia yang beriman itu mengetahui bahawa hidup atas dunia adalah suatu permainan. Dalam permainan / pertandingan, pastinya punya keputusan Menang, Kalah atau Seri. Hidup di dunia ini, kita yang mencorak permainan tersebut. Bagi manusia tidak beriman, merasakan bahawa kemenangan di atas dunia ini adalah kepentingan kerana kejayaan perlu diraih manfaat segera. Manakala manusia beriman, dunia ini dijadikan tempat untuk mencorak permainan; Ketika menang - ianya adalah kesyukuran dengan tanpa melupakan bahawa kemenangan sebenar adalah di akhirat. Ketika kalah - ianya menjadikan sebagai satu titik musibah yang Allah swt berikan teguran. Ketika seri - ianya adalah perjalanan yang dicipta bahagia dunia & akhirat atas dasar hidup adalah ibadah.

KISAH MELALUI PEMERHATIAN & NGOBROL KOPI Berada di suasana Desa, terkadang merasa kepayahan dan keperitan itu adalah suatu yang begitu mustahil. Manusia Kota merasakan bahawa sistem pembangunan merupakan akar dalam suatu pembangunan. Warga Desa merasakan bahawa berada di sisi yang Alami adalah syurga dunia yang bukan semua orang mampu nikmati. Bukanlah disuruh untuk warga Kota pulang ke desa untuk berbakti dan berbudi alam, tapi soalan yang besar adalah bagaimana kita menjadi manusia yang meletakkan bahawa tugas hidup adalah IBADAH dan kemampuan untuk membina LEGASI.



 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page