top of page

PERIHAL DOA

  • Jun 10, 2019
  • 1 min read

Surah al-Baqarah. Ayat 186.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahwasanya aku adalah dekat. aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”


MEMINTA DENGAN AMALAN BERSYARAT Dalam ayat diatas, jelas yang kita fahami bahawa meminta dan memohon itu harus lah kepada Allah swt. Untuk Allah swt jawab doa kita, kunci utamanya adalah menjaga Ibadah yang diperintahkan dan lakukan dengan penuh Istiqamah. Malah ketika ibadah dipertingkatkan, keimanan harus dilahirkan melalui keyakinan agar kita senantiasa bersifat positif terhadap Allah swt.



Surah Ibrahim. Ayat 40.

“Ya Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan Kami, perkenankanlah doaku.”


SOLAT KUNCI DOA MAKBUL Doa dalam surah Ibrahim ini memberikan satu formula hidup dalam mengharap doa dimakbulkan. Kerana itu pada sebahagaian awal ayat ini dinyatakan tentang persoalan Solat. Maka solat terkawal dan terjaga serta Istiqamah, maka permintaan doa kita akan dipercepatkan oleh Allah swt.



Surah al-Israa’. Ayat 11

“Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa”.


JANGAN TERGESA-GESA

Allah swt yang memiliki kekuasan yang tidak tolak-bandingnya. Dia memahami dan dapat menjangkakan akan sifat lumrah manusia. Ketika meminta, baik atau buruk; manusia mengharapkan ianya adalah 100% diterima dalam perkiraan saat. Jauhi sifat yang telah Allah jelaskan seperti diatas.


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page