JANGAN 'DITELANJANG'KAN MAKNA SEBENARNYA....
- Feb 28, 2020
- 2 min read
Kasarnya bunyi, tgh marah lah tu. Ada sebahagian Insan yang mencebik seolah-olah mengerti emosi pada ayat. Nak dikata Marah iye, nak dikata tidak, tapi macam iye.
CONFUSE?!
Kasihani mereka; PENDENGAR suka pada faktor 'WOW'.
Ustaz, Pak Habib, Pak Lebai, Pak Imam tu, mustahil dia tidak tahu.Agak nya awak yg kurang baca, hormat lah sedikit!. Suara sinis berkumandang.
KENAPA NI?
Begini kisah bermula... Seperti biasa, persediaan untuk penyampaian kuliah memerlukan semakan dan pencarian. Ketika membahas tentang kesombongan kaum 'Ad yang hidup di zaman Nabi Hud as, terjumpa ayat yg suatu ketika menjadi tular atau viral yang konon nya ayat itu adalah ayat untuk penyembuh sakit nadi atau urat saraf.
Serious ah?!..Ayat nya berbunyi
Surah ash-Shu'ara. S26:A130

Dan apabila kamu menyiksa, maka kamu menyiksa sebagai orang-orang kejam dan bengis.
Bila pencarian dilakukan, ada kesilapan oleh si pembaca (yang mempromosikan) ketika menyebut huruf huruf ط disebut menjadi ت . Anehnya, beliau tetap merujuk kepada surah ash-Shu'ara pada ayat yang ke 130.
SILA BACA DARI AYAT 128 - 135 UTK MEMAHAMI KISAH YANG LEBIH DETAIL.
Ketika beliau mengupas pada kalimat جَبَّارِينَ, difahami sebagai 'Kuat'. (Rujuk pada al-maany, diberi dua maksud; gagah perkasa dan orang-orang yang kejam)
"Jadi betul lah orang tu kata, awak yang salah lah!"
Al-Quran ini kalam suci dari Allah, jangan ditelanjangkannya tanpa faham isi Tafsir!. Iye al-Quran itu Syifa - Penyembuh seperti yang Allah nyatakan tapi faham juga ayat 57 dalam Surah Yunus.

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Ubati diri dengan al-Quran adalah pengukuhan jiwa, pemantapan iman bukan sakit fizikal!. Al-Quran punya kisah, dan amalan yg dilakukan jika bercanggah dengan kisah, maka itu adalah satu penyelewengan KECUALI disitu ada dalil hadith yang kuat.
Dari membaca kisah kaum 'Ad boleh hadir kesilapan dalam pengamalan. Semoga kita dijauhkan dari melakukan penyelewengan. Tak pandai, bukan ahli tidak menjadi masalah, al-Quran dihadirkan, didatangkan untuk dibuka dan dibaca BUKAN TUTUP!.
Comments