BERSAMA TANGGUNGJAWAB SOSIAL
- Mar 19, 2020
- 2 min read
Covid-19 meruapakan ujian hebat pada permulaan tahun 2020. Ianya bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu, malah ianya menggelapkan pelbagai industri ekonomi. Manusia mula hilang pekerjaan. Ada pula seperti tali yang tidak bergantung oleh syarikat. Tiada yang dapat menjangkakan apakah bentuk pengakhiran yang bakal kita semua berhadapan?

Apakah hikmah yang perlu dipelajari?
Apakah kesan yang hendak kita capai diakhir perjuangan Covid-19?
Sebagai seorang Muslim, meyakini bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah besar yang Allah swt ingin sampaikan kepada kita. Dalam keadaan yang getir, dengan dugaan yang terjadi - manusia harus tangkas memikir perihal 'survival & surviving'.
Namun begitu, jangan sampai mengetepikan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah swt dalam surah al-Baqarah, S2:A155

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Hikmah yang paling UTAMA dalam berhadapan Covid-19 adalah SABAR. Bukan hanya individu yang terjejas, tapi semua manusia dalam apa jua industri PASTI terjejas terus dengan ujian ini.
Semoga dengan SABAR ini mampu melahirkan kesan sepanjang hidup ketika kita berhadapan Covid-19 adalah dengan menilai ayat 156, surah al-Baqarah:

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".
Jangan hanya melafazkan "Inna Lillahi.." tetapi segala perkara kita balikkan kepada Allah swt melalui mencariNya dalam SOLAT dan DOA. Perkara Utama dalam peninggalan kesan itu terbahagi kepada DUA perkara:
Kesan Hubungan Hamba Dengan Allah
Masa untuk kita sama-sama menjaga SOLAT dan bersungguh2 dalam berDOA. Jangan lupa dalam mendekati Allah swt, JAUHI segala perkara TEORI yang boleh mensyirikkan Allah swt. Ada beberapa panduan ayat yang boleh dibaca untuk melindungi diri (boleh diamalkan setiap hari, sekali pun COVID-19 telah selesai):
Surah al-Fatihah
Ayatul Kursi
3 Qul
Doa Perlindungan Diri 1

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk
Doa Perlindungan Diri 2
Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

Kesan Hubungan Hamba Dengan Sesama Manusia Paling utama, jauhkan diri dari sifat KESOMBONGAN. Dalam keadaan getir begini, RENDAHKAN DIRI dengan mengikuti langkah yang telah diajar oleh mereka dalam bidang kepakaran mereka (boleh sahaja ikuti poster yang telah disediakan).

Jauhi sikap berkongsi maklumat PALSU; ini ubat itu ubat, ini MIMPI, itu MIMPI - andai mudahnya ujian Covid-19 ini, pasti dari awal bulan Januari, kita mampu tanggani dengan baik.
Sama-sama kita #sgunited menjaga diri, keluarga dan Ummah dalam berhadapan fasa seterusnya dalam Covid-19.
(Pengisian artikel berkongsi dengan Anjung Turizm Services Pte Ltd)
Comments