BUKANKAH JALAN YANG BENAR ITU ADA.......
- Apr 30, 2018
- 1 min read
Jalan yang sebenarnya telah pun tersedia. Namun yang nama nya manusia, ada ketikanya inginkan jalan pintas dan cepat. Akhirnya antara dia berjaya dalam erti Tuhan atau erti Manusia?

Ada laluan sebenar yang boleh diikuti, dua pasangan sejoli inginkan nuansa romantis. Mereka pilih jalan sulit untuk memperlihatkan aksi Hero menyelamatkan si Pari-parinya. Hero turun dahulu dari tebing tinggi dengan selamat dan menghulurkan tangan pada pari-parinya. TETAPI si Pari-pari hendak bermanja! Menghulurkan dakapan agar Hero dapat mengendong. Kerana tidak mahu dikecewakan, Hero mengerahkan kudrat dan tiba-tiba BEDEBUK!.
Ingin diketawakan, seolah2 sombong pula. Tapi itulah yang terjadi.
Terbayangkah kita akan ayat Allah swt dalam surah al-Fatihah "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Kita senantiasa memohon pada ayat ini, baik di dalam mahu pun luar solat, tapi kenapa jalan itu seolah2 kabur dalam kehidupan manusia.
Susahkah manusia untuk mensyukuri nikmat Allah swt seperti ayat kedua dalam Al-Fatihah.

Susahkah manusia untuk berfikir positif akan Allah swt seperti ayat ketiga dalam Al-Fatihah.


Jalan dunia kita pilih dan tentukan, tapi takutilah terjatuh ke dalam golongan yang dinyatakan al-Fatihah dalam ayat ketujuh.


Al-Quran sumber hidup bukan mati. Membacanya meraih pahala, yang kita gagal adalah menghidupkan ruhnya. Semoga kita melihat jalan dunia itu sebagai analogi dalam mencari jalan benar dalam membina Keimanan menuju Akhirat.
Comments