DICIPTANYA TANGISAN ITU…..
- May 11, 2018
- 2 min read

Surah an-Najm. S53:A43. Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis
“Saya ni susah untuk menangis!” Tidak pasti apakah ianya sesuatu yang positif atau negatif. Pandangan anda bagaimana?
Tawa dan tangis adalah lumrah manusiawi yang punya jiwa. Ketawa ketika gembira. Tangisan terlahir ketika kesedihan dan kegembiraan. Terpulang pada manusia melihat situasi itu bagaimana. Menangislah!
Merasakan tangisan itu adalah sifat fitrah yang harus dihargai. Jangan merasa malu ketika tangisan itu amat diperlukan. Titisan airmata yang keluar dari kelopak mata adalah tanda perlu manusia merasa insaf dan menghargai pada suatu kehidupan yang nyata.
Aku Tewas Dalam Tangisan!.
Terlihat airmata di kelopak mu wahai Anak! Abi merasa keperitan dan kesedihanmu. Ummi yang mengandungkanmu jua merasa deritamu yang seketika. Abi & Ummi yakin tangisan kami adalah kerana anugerah Allah hadirkan dirimu sebagai suatu AMANAH!.

Noura el-Medina binte Mohammad Nazree
Tangisan bersama Amanah pada sudut pandang P.I.E.S


P: Physical = Kami menangis kerana dirimu adalah ANAK Abi & Ummi
I: Intellectual = Abi & Ummi berjanji akan senantiasa mencari ruang untuk MENJAGA dirimu dengan lebih baik
E: Emosi = Dikau adalah Permata kami, sebab itu kami menangis melihat kesengsaraan mu.
S: Spiritual = Ya Allah, peliharalah Zuriat kami dari segala kesakitan.
Cahayamata kami diuji ketika usia baru menjangkau 3 bulan. Sebagai ibubapa muda, kesihatan merupakan TOP PRIORITY. Kami berulang ke A&E hampir 3 malam berturut-turut, hanya kerana Viral Infection yang berlaku. Demam, Selsema & Batuk menyerang serentak. Anak kecil itu tidak dapat bertutur, hanya tangisan yang dikau luahkan.
Ummi RISAU dalam TANGISAN sehingga menyatakan “I takut sekiranya Allah pinjamkan Medina sekejap sahaja”. Abi tegur Ummi jangan difikir sesuatu kemungkinan yang diluar jangkaan. YAKIN PADA RAHMAT ALLAH!.

Abi berdoa mengharapkan Medina cepat sembuh. Selepas 3 malam berulang-alik, akhirnya Dr membuat keputusan untuk meletakkan Medina di dalam Ward. Tapi, bukan kerana Demam (walaupun pada ketika itu mencecah 40.5 degrees), hanya kerana Oxygen dalam badan drop dalam average 73 – 80. Ya Allah, berat ujianmu pada zuriat kami!.
Dalam ujian, Allah swt hadirkan ILMU baru!. Bahawasanya dalam badan manusia harus ada perkiraan oksigen antara 95 – 100. Enam hari di Ward melihat permata kami diuji oleh Allah. Pada awalnya, kami Berjaya mengawal EMOSI!. Namun begitu, Allah hadirkan tangisan pada kami untuk menginsafi diri.
Keadaan dirimu turun dan naik. Nurse melakukan suction didepan mata kami untuk mengeluarkan lendih yang ada dalam diri. PERIT!. Mahu sahaja Abi & Ummi katakan, pindahkan sakit itu kepada kami!
Ianya adalah pengajaran BESAR!. Manusia mampu TEWAS dan MENANGIS!. Jangan dikau SOMBONG mengatakan, JIWA KU KENTAL DAN TAK AKAN MENANGIS!.
Ya Rabb, kami Yakin tangisan yang dikau hadirkan adalah suatu keinsafan yang perlu dihargai. Ya Ilahi, ampunkan kami!

Comments