top of page

HARAP & JANJI SEBUAH KELUARGA

  • Apr 23, 2018
  • 3 min read

<Perkongsian Kisah Kehidupan Sebenar Penulis>

Surah al-Furqan. S25:A7

Dan orang - orang yang berkata: "YA TUHAN KAMI, ANUGERAHKANLAH KEPADA KAMI ISTERI-ISTERI KAMI DAN KETURUNAN KAMI SEBAGAI PENYENANG HATI (Kami), DAN JADIKANLAH KAMI IMAM BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA”.


ANUGERAHKANLAH kepada kami Isteri/Suami….Pelik atau tidak? Kenapa Allah ajarkan kepada manusia agar meminta dianugerahkan isteri/suami kepada individu?. Jawapan mudah adalah untuk menjauhkan manusia yang ada diatas bumi ini dari terjebak pada dunia perzinaan.

Kehidupan berpandukan aturan Ilahi itu sungguh INDAH!. Allah suruh manusia bernikah dan punya zuriat atau cahayamata. Alasan untuk Family Planning atau perancangan keluarga bukan lah satu matlamat pernikahan. Sedih bila ada sebahagian manusia yang berakal dengan untuk tidak mahu anak, ALASAN; menyusahkan, kos hidup mahal dan sebagainya. Malah ada yang terlalu melampau dengan alasan auta sendiri: “It will make me look ugly and fat!”. Astaghfirullah!


Jadikanlah Kami IMAM Bagi Orang-Orang Yang BerTAQWA… Allah Akbar!.Perkahwinan itu tidak mengajar manusia untuk berseronok tanpa tujuan. Tapi Allah ingin melatih hambanya agar menjadi IMAM/Ketua. Berani berhadapan masalah, celik menyelesaikan masalah.


Ketua yang BAGAIMANA? “Ya Rabb, jadikan aku hambamu yang berTAQWA!”. Mencari jalan dan kekal Istiqamah agar diri sendiri menjadi TAQWA dan dibawa kepada seluruh ahli keluarga.


Kisah Hidup ini tidak lah terlalu WOW atau Hebat. Jatuh bangun itu biasa dan sering. Terkadang kita jujur dan terkadang kita sendiri terpejam dari arah sebenar. Namun begitu, selagi mana kita tidak memutuskan diri dari Rahmat Allah, saya yakin Allah senantiasa sedia mendengar rintihan dan keluhan hambanya.


Insan mana yang tika hidupnya tidak mahu berkeluarga. Pernah mengimpikan tapi GAGAL!. Menyesali? Tidak, kerana yakin itu aturan Allah swt. Sekali lagi, mencari arah dari Allah swt agar dapat diberikan keputusan kelegaan yang terbaik. Akhirnya ku akur bahawa ini adalah ketentuan dari Yang Maha Esa.


Aku dan Isteri bernikah selepas hanya 8 bulan berkenalan. Dan pada awal perkenalan pun, kami dah sepakat bahawa ta’aruf ini bertujuan yang suci. Secara kebetulan, waktu itu bekerja di Travel Agent dan atas tugas aku pun berangkat Umrah. Ku meluahkan isi hati agar dapat diberi ketenangan oleh Allah swt. Dipermudahkan segala urusan dari awal hingga saat ijab dan Kabul. Alhamdulillah!















Ketika Allah menyatakan:





Penganugerahan ini adalah Yang Terindah sepanjang hidupku. Kenapa? Suatu ketika, aku pernah menyatakan bahawa kalau sampai aku bernikah, antara perkara yang aku tak nak buat adalah BERSANDING!. Bukan apa, tetapi hanya merasakan bahawa aku inginkan KESEDERHANAAN. Lain orang lain pandangan dan lain caranya. Tak sangka pulak, Isteri juga menginginkan yang sama. Allah Akbar!. Tiada persalinan yang lebih-lebih. Malah majlis juga berada dalam keadaan lingkungan kemampuan keluarga. Memang benar, meyakini kalimah Allah swt ini pasti menghadiahkan pulangan yang cukup menyenangkan. Terima Kasih Ya Ar-Rahman!.


Biasalah, selepas bulan-bulan lamanya…soalan emas yang senantiasa menjadi bebelan sesiapa sahaja, BILA NAK DAPAT ANAK?. Mustahil kalau kami tidak mahukan zuriat. Allah Maha Pemberi dan Allah jualah Maha Menguji. Hikmah disebalik kejadian ada bersamanya. Sebagai hamba, kami terus bersyukur dan berusaha serta meminta. Untuk pertama kalinya, Isteri mengandung tetapi pilihan Allah untuk mengambil semula. Kenapa begitu? Mungkin Allah tahu jangkaan ke depan bagaimana. Kami REDHA walaupun berhadapan TEKANAN hebat. Untuk kali kedua, sekali lagi kami tewas. Allahu Rabbi!. Kami sedikit pun tidak mempertikaikannya. Kami sendiri menyatakan pendirian, belum rezeki kami. Ada orang nak anak, Allah belum kurniakan. Ada orang tak nak anak, Allah kurniakan. Kenapa begitu? Itu adalah Urusan Allah…..


Aku pasrah pada titik, andai belum dikurniakan maka jalan tengah yang ada adalah Pengambilan Anak Angkat. Pasti ada yang melihat ianya lekeh dan berfikiran ketidak mampuan. Biarkan apa yang ingin dituju, tapi kami tahu apa yang kami lalui. Compulsory Briefing kami hadiri untuk memahami kaedah pengambilan anak angkat di Singapura. Bukan suatu yang mudah seperti yang disangkakan.


2016, rezeki Allah jatuhkan tanpa meminta atau menagih. Asal persetujuan, aku menerima tawaran untuk melaksanakan Operasi Umrah selama sebulan. Pada hampir2 keberangkatan, diminta Isteri untuk berangkat sama. Allah Maha Pemberi Rezeki!. Berangkatnya beliau bukan Jemaah tapi Pegawai Pengiring yang membantu diri. Ketika itu, tiada kata atau lafaz yang mampu diucapkan. Peluang yang ada, kami raih sebaik mungkin. Meminta agar dikurniakan zuriat!. Belum apa-apa, kami telah terbayang nama anak-anak seandainya dikurniakan. Suasana tenang dan damai sekeliling Masjid Nabawi walaupun ramainya manusia yang berkunjung, menjadi INSPIRASI kami. Pastikan nama anak kami ada kalimah MEDINA.















Tiba-tiba, dalam keadaan yang tidak dijangkakan BERITA GEMBIRA MENYAPA!. Alhamdulillah lahir anak kami yang menjadi pengukuh kasih sayang kami sekeluarga dan penyejuk mata Abi & Ummi. Maka bertambahlah tanggungjawab saya sebagai IMAM, dahulu hanya mempastikan Isteri dapat menyelamatkan saya dan sebaliknya agar kami dapat masuk dan bertemu di SYURGA bersama.


Wahai Anak! Abi berjanji pada diri kerdil ini Akan ku pimpin tanganmu Agar dapat menyelusuri kehidupan ini Dengan Tenang......



 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page