top of page

PESANAN & WASIATKU - FIQH JENAZAH

  • Nov 26, 2017
  • 2 min read

Allah swt berfirman:"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam". Surah al-An'aam: Ayat 162

Ketika kita sedar bahawa solat & ibadah itu adalah hak Allah, pasti kita akan menyegerakan dan buru-buru untuk melaksanakannya. Begitu juga ketika berlakunya kematian, segerakan lah untuk mempercepatkan urusannya.


Terkadang di dalam masyarakat, berlakunya 'Hak Allah dibiarkan, Sunnah Nabi dilupakan' - yang penting keluarga didahulukan dan lewat-lewatkan lah pengurusan yang seharusnya menjadi keutamaan.


Fiqh Jenazah menjadi Fardhu Kifayah ketika mana ada pihak yang arif akan pengurusannya. Namun bagi pandangan peribadi saya, dalam memahami ILMU Fiqh Jenazah itu - ianya adalah Fardhu Ain dalam konteks keluarga. Biar datang dari dalam keluarga dahulu sebelum kepada pihak pengurusan jenazah.



Apakah antara perkara yang perlu dilakukan/disegerakan dalam hal ini?


Ketika ahli keluarga berada dalam Keadaan Tenat/Nazak

  1. (Nazak) Ditalqinkan ditelinganya dengan lafaz "La Ilaha Illallah"

  2. (Tenat) Dibacakan surah Yaasin


Ketika Berlakunya Kematian - Meninggal

  1. Dipejamkan matanya jika terbuka. (Dibolehkan untuk mengikat kedua rahangnya dengan kain diikatkan ke atas kepala agar mulut jenazah tidak terbuka selamanya)

  2. Menutupi seluruh badan jenazah dengan kain

  3. Disegerakan proses pengurusan jenazahnya


Kita mempunyai banyak pengurusan jenazah untuk dipilih. Pilihlah mengikut pada Yakin dan Kepercayaan pada team pengurusan tersebut. Namun begitu, ada satu kelemahan nyata yang cukup merisaukan dalam masyarakat ketika berlakunya kematian dalam ahli keluarga (melalui penelitian/pandangan penulis secara peribadi):

  • Sebahagian ahli waris menyerahkan bulat-bulat pada team pengurusan jenazah baik dari sudut mandi hinggalah ke solat jenazah.


Siapakah yang diBOLEHkan untuk memandikan jenazah?

  1. Ibu atau Ayah

  2. Suami atau Isteri

  3. Adik beradik jenazah

  4. Anak-anak


"Bukan ke kita dah bayar semuanya ke pihak pengurusan, biarlah mereka yang uruskan. Apa yang kita nak susah-susah?" Terkadang terkeluar ayat sedemikian dari ahli keluarga. Penulis melihat pada satu sudut yang berbeza dalam perihal memandikan jenazah - ini merupakan khidmat atau jasa terakhir kita untuk arwah. Kenapa mensia-siakannya?!


Tidak selesai dalam hal ini, terkadang SOLAT JENAZAH juga diserahkan ke pengurusan atau Imam Masjid (sekiranya solat di Masjid). RUGI! RUGI! RUGI!


Bila ditanya, apakah kenangan yang paling manis untuk kita melepaskan arwah? Menjadi terpinga-pinga dibuatnya. Sebenarnya kenangan kita memandikan arwah serta suami atau anak lelaki (baik kandung atau menantu) menjadi Imam merupakan kenangan yang tidak ada nilai wang untuk digantikan.


SELAGI NYAWA DAN NAFAS MASIH ADA - SILA MENUNTUT ILMU FIQH JENAZAH! AMBIL TAHU WALAUPUN ADA SEJUK DAN SERAM DISITU!


Pesanan dan Wasiat buat Isteriku:

"Andai aku pergi dahulu - segerakan lah urusan persemadianku. Kerana ketika aku menghembuskan nafas terakhir, diriku telah pulang pada hak pencipta-Nya iaitu Allah swt. Selimutilah diriku dengan kain yang ada; kain sarung ada, kain ihram ada. Jangan kau baluti diriku dengan kain batik lepas. Basahkan tangan jejarimu untuk membasuh diriku buat kali terakhir. Ajak anak-anak kita untuk bersama dalam melaksanakan amanah ini. Menangis dibenarkan tapi jangan kau meratapi. Jangan kau iring diriku ke tanah perkuburan, cukup serahkan amanah itu pada yg diyakini".





 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page