ANUGERAH ILAHI YANG PALING BESAR & HEBAT!
- Jan 8, 2018
- 1 min read
Doa Nabi Zakariya - Surah ali-Imran. S3:A38

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa".
Ketika mana belum dikurniakan zuriat? BERDOALAH! Jangan segan untuk mengikut contoh para Anbiya'. Jangan rasa lelah dan mengalah, berusahalah dengan mencari yang Maha Kuasa!.
Ada Manusia, Dia Ingin & Mahu Allah Memberikan Jawapan, Nanti Dulu! Ada Manusia, Dia Ingin TAPI Rancanglah Dahulu Allah Memberikan Jawapan, Aku Perancang Paling Hebat! Ada Manusia, Dia Membulat Rasa - TIDAK MAHU Allah Akbar! Jangan Menjadi Hamba Yang Ingkar. Jangan Jadi Hamba Yang Hilang Rasa Sayang!.
Surah al-Furqan. S25:A7

"Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada Kami isteri-isteri Kami dan keturunan Kami sebagai penyenang hati (Kami), dan Jadikanlah Kami imam bagi orang-orang yang bertakwa"
Merujuk kepada penulisan Sharif Hasan al-Banna, dalam buku Journey Through Quran - mengkategorikan ayat 74 (dari 63 hingga 74) sebagai "Karakteristik Hamba Allah Yang Maha Penyayang".
Masya Allah!. Sang Pencipta mendidik hambanya untuk memohon agar dikurniakan pasangan dan cahaya mata.
Tapi Kenapa?
Allah itu mempunyai sifat Yang Maha Penyayang. Mengikut Dr Harjani Hefni, ketika mana manusia meyakini bahawa Allah itu ar-Rahman & ar-Rahim; ianya harus menjadikan hamba itu senantiasa positif dengan yang Maha Esa. Melalui didikan positif itu, melahirkan manusia yang senantiasa berkasih sayang sesama. Masya Allah!.

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang diberikan. Ujian demi ujian yang dilalui, akhirnya Allah swt menjawab dan mengurniakan pada kami seorang cahaya mata. Mudah-mudahan amanah ini dapat kami laksanakan dengan sebaik yang mungkin.
Dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran:
NOURA el-MEDINA BINTE MOHAMMAD NAZREE
selamat tiba di pangkuan Abi & Umminya serta keluarga besar pada hari Sabtu / 06 Jan 2018 - jam 5.33 petang.
Allah Akbar!.

Comments