top of page

CABARAN DALAM NIKMAT

  • Jul 19, 2019
  • 1 min read

Surah al-Baqarah. S2:A265

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.


Orang yg membelanjakan harta (berinfaq) hanya mencari dan mengejar 2 perkara; Redha Allah dan Keteguhan Jiwa.


Cantik dan Indah analogi yang digunakan oleh Allah dalam ayat ini iaitu KEBUN. Kenapa dengannya? Untuk meraih manfaat, pelbagai tugas dan kerja perlu dilaksanakan. Malahan bukan siram-siram sahaja tapi memahami kaedah menanam, kenal akan perbezaan tanah dan sebagainya.


Apa kaitan ayat diatas dan catitan ini?


Faham & Kenal serta memberi semangat kepada para belia bukan suatu tugas yang biasa. Mereka mungkin belum mempunyai harta tetapi TENAGA mereka amat luar biasa. Mereka menjadikan tenaga sebagai sebahagian hasil Infaq mereka.














Adakah mereka dibayar? TIDAK!. Mereka tidak meraih secara Fizikal, tapi selama 2 hari nikmat yg diraih menjangkaui dari apa yang dilaksanakan.















Antara moment yg mungkin boleh dikenang sebagai cukup bermakna, bila ada tenaga Sukarelawan Muslimah memberikan ucap TERIMA KASIH yg beremosi sehingga menitiskan airmata. (as usual, lelaki cover macho, d girls ikut nangis)



Apa hasil buah tangan untuk dibawa balik? TIADA!


Apa yang mereka dapat? Semoga kemana mereka berjalan dan mencari; CARI LAH REDHA NYA DAN TEGUHKAN IMAN!


Kalau ada yang tanya pada saya, Rindu ke? Cukuplah ianya sebagai suatu kerinduan serta kenangan. Serahkan pada yang lebih muda utk terus berjalan melaksanakan. Kita rehat ambil tugas yg lebih mencabar.


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page