KAEDAH MUDAH: ILMU BERDIRI ATAS SUMBER DALIL
- Jul 8, 2019
- 2 min read

Allah swt berfirman:
Bacalah dengan Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan Manusia dari Segumpal Darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia Mengajar Kepada Manusia, apa yang Tidak Diketahui.
Hidup kita boleh berbeza-beza tapi biarlah ianya BERSUMBER pada apa yang kita faham. Ketika wahyu pertama turun ke bumi, perintahnya adalah IQRA: BACA.
Tapi dalam manusia baca atau tidak, kesilapan besar yang Allah swt nyatakan begitu jelas pada ayat 6 dalam surah yang sama:

"Ketahuilah! sesungguhnya manusia itu melampaui batas".
Bagaimana sikap itu boleh terjadi pada manusia dari sudut praktikal?
Dalam perbincangan Fiqh - khusus kepada perbincangan Manasik Umrah, adanya Kaedah dan Usul. Itu Benar dan Jelas. Tetapi dalam berkaedah, harus diingatkan untuk berhati-hati agar tidak terlihat seolah2 ianya begitu longgar.

CONTOH 1
Situasi di lapangan Tawaf dan terbatal ketika tawaf - ketika air itu ada di kanan dan kiri, depan dan belakang - tiba-tiba dikatakan boleh sahaja bertayamum disebabkan dgn alasan susah untuk wanita mengambil wudhu dalam situasi begitu, sehingga berkemungkinan akan terlihat auratnya. Jemaah asia tenggara kebiasaannya akan mengenakan pakaian telekung (bahagian atas), bukankah tangan itu boleh sahaja dimasukkan ke dalam untuk dibasahkan tangan. Sekiranya tidak bertelekung, pasti pakaian jubah Abaya menjadi pilihan, bahagian tangan itu besar untuk dimasukkan tangan satu lagi untuk disapukan. Betulkan? Lagi pula sekarang, ada tempat wudhu di sekitar lapangan tawaf. Sudah dipermudahkan.
CONTOH 2

Nabi saw pernah menyatakan dlm hadithnya bahawa "Tawaf itu Adalah Solat". Sudah pasti, apa yang terlarang dalam solat begitu juga dalam Tawaf dan Umrah. Perkara yang clear rasanya bagi semua. Soalan: Bagi wanita uzur ketika sampai di Mekkah, tinggal di Mekkah mungkin sekadar 5 atau 7 hari. Jadi macam mana? Takkan nak leburkan pembayaran beribu2 begitu sahaja. Isu ini berbeza dari sudut Haji yang membolehkan wanita uzur bersa'i sahaja. Sekali lagi tiada kaedah yang membolehkan wanita itu utk berUmrah juga. Syeikh Uthaimeen pernah ditanya mengenai penggunaan pil penahan haid, Syeikh hanya menjawab "Bersabarlah sesungguhnya itu adalah lumrah bagi seorang wanita". Manakal Dr Yusof al-Qardhawi membolehkan pada penggunaan pil penahanan haid secara BERSYARAT - harus lakukan check up dengan Dr sebelum penggunaannya.
IBADAH UMRAH harus dilihat pada sudut SPIRITUAL bukan sudut PHYSICAL. Andai dilihat pada sudut S, pasti kita akan berhati-hati dalam menunaikan manasik. Persiapan S paling utama adalah perbanyakkan berISTIGHFAR sebelum berangkat dan berdoa agar Allah swt menutup keaiban ketika berada di Tanah Suci.
Comments