top of page

KAMI BUKAN 'RETIS'

  • May 15, 2018
  • 3 min read

Surah al-Kahfi. S18: A28

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.


Objektif Hidup manusia ada kepelbagaian; cari redha dan cari harta. Bila bukan focus harta, ada orang kata "Habis kau nak hidup macam mana?" Bila focus harta, ada orang kata "Ini harta Dunia boleh bawa Mati ke?" Pening melihat karenah manusia, sebab itu Allah menyatakan SABAR bila berhadapan dengan manusia yang memalingkan dirinya dengan harta sebagai agenda keutamaan. Kerana redha diketepikan, apa sahaja jalan dan kaedah boleh sahaja dikaut keuntungannya.


INGATLAH! Dalam al-Quran pelbagai kisah silam manusia gagal kerana Harta. Kisah kejayaan manusia bersama sabar dan redha Allah. Tugas kita sebagai hamba mencar PENYEMBUHAN diri adalah dengan melunakkan diri dengan al-Quran agar kita jadi manusia yg jiwa Redha. Jangan sesekali kita putus BERDOA kepada Rabb agar tidak dijadikan manusia yang lali dengan harta.

Sorotan kisah Fauwazz berirama seni pada awal kemunculan kembali pada tahun 2012.


Memori kami Fauwazz bersama Mdm Halimah "Mdm President". Rasanya kalau sekarang nak ambil gambar, pasti menyusahkan tapi kami syukur ada lah kenangannya tu. Ketika mengimbau kembali kenangan itu, rasanya cukup PERIT yang tidak boleh kami terima. Dilayan seperti kami ini mengharap belas ihsan, sedangkan kami diundang disaat akhir. Isu bayaran, tidak perlu dipersoalkan mmg AJAIB tapi kami tidak menjadikan ianya hambatan. Cuma hormatilah manusia sesama manusia.


Sampai di dewan, kami mencari Pegawai yang Bertanggungjawab. Dia tolak dia dan dia tolak dia. Tiba-tiba ada yang menyatakan, "Oh Meja Awak di Luar Dewan". Pelik bukan!. Kami masih mendiamkan diri. Rupanya meja untuk jualan, secara kebetulan CD kami baru sahaja dilancarkan. Jadi tidak mengapa lah, kami redha pada meja itu. Masalah terbesar, kami tidak tahu apa yang berlaku dalam DEWAN!. Ada yang datang menyapa untuk standby, kami pun masuk menuju ke kawasan sound system, kami beritahu jumlah mic yang diperlukan adalah 5 LIMA! Tiba2 kami dimarahi kerana tidak diberitahu awal-awal. MASALAHNYA kami diundang dan ini bukan acara Kami!. Berapa mic yg ada, hanyalah 3!!!!!! Nampaknya persembahan ala-ala budak madrasah ni. Dari satu ke satu hingga yang ini, kami dah mula membakar yang membara!.


JANGAN LAYAN KAMI SEOLAH-OLAH KAMI INI PEMINTA!.


Melalui pengalaman yang ada, kami ubah suai sedikit cara persembahan kami termasuk LAGU yang akan dinyanyikan! Tak sampai 10min, kami dipanggil NAIK! Selebihnya TAWAKAL sahaja!


Dihujung persembahan, kami mempromosikan ALBUM kami sendiri!. Kami tiada pihak PENGURUSAN & Kami tiada LABEL rakaman! Semuanya kami bersama-sama menghasilkan. Dari duit masuk rakaman sampailah tercetak CD tersebut. Tak banyak cuma SERIBU CD sahaja. Alhamdulillah selesai sudah jualan album sendiri untuk jangkamasa Setahun tak silapnya. Dimana kami diundang, disitu kami promosikan sendiri.


Orang kata kami ARTIS, tapi kami tak pernah pun bergaya dan berangan kami artis. Ada orang kata dah ada CD album seh, tapi kami rasakan ianya adalah ILHAM DALAM MENDIDIK.


Macam-macam orang kami temu dengan pelbagai persepsi. Ada pengalaman pelik bin ajaib, kami terima persembahan itu dengan bayaran rendah kerana bukan DUIT MENJADI OBJEKTIF UTAMA. Tak sangka bayaran yang tak seberapa, sehinggakan salah seorang antara kami terpaksa MASUK MAHKAMAH UNTUK MENJADI SAKSI. Berulang ke pejabat peguam negara dan polis berkali-kali, masuk mahkamah kononnya jadi saksi hanya kurang dari 10min!.


Yang geramnya , peguambela tanya soalan CERDIK, tahun sekian kamu kenakan bayaran $200 utk 30min persembahan dan tahun berikutnya kamu naikkan harga $500, BOLEH BERITAHU MAHKAMAH SEBABNYA?. Yg kami jadi saksi adalah yang bayaran $200 itu sahaja!. Kerana pihak penganjur menyeleweng duit, kami pun terbabit sekali.

Apa TUGAS kita Apa KERJA kita Apa NAMA nya sekalipun Jadilah manusia yag mencari REDHA ALLAH


Kita DIPUJI Kita DIANGKAT Kita DISANJUNG Jangan biarkan diri mati dengan KELALAIAN HARTA


Kisah itu BANYAK Jadikan PETUNJUK KOMPASS KEHIDUPAN


Hawa Nafsu dan Melampaui Batas Adalah OBJEKTIF FOCUS MENGHANCURKAN


SEMUANYA UJIAN, JADIKAN SABAR PENDINDING DIRI!


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page