top of page

DZULHIJJAH; IBADAH QURBAN & MINA

  • Jul 14, 2020
  • 3 min read

Updated: Jan 16, 2021

Dalam bulan Dzulhijjah, ada tiga perkara besar yang dapat dilaksanakan sekiranya kita mampu, iaitu; ibadah Haji, Puasa Arafah dan Qurban di Hari Raya Eiduladha.



Bagi yang dapat melaksanakan ibadah haji, ganjarannya dinyatakan oleh hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

“………dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga”


Jika tidak mampu dan belum sampai giliran untuk menunaikan ibadah Haji, maka peluang untuk kita sama-sama meraih manfaat adalah melalui Puasa Arafah. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim:

“Puasa Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang....


Manakala bagi yang pelaksana ibadah Qurban, tersenarai beberapa hikmah besar;


  • Pembuktian syukur kepada Allah swt. Surah al-Hajj. S22:A34

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),


  • Membentuk diri sebagai seorang yang bertaqwa. Surah al-Hajj. S22:A37

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.


Perlaksanaan ibadah Qurban sebagai berkongsi nikmat serta melahirkan sifat kasih sayang diantara pemilik Qurban dan penerima pembahagian daging Qurban.


Mengenali MINA dari sudut sejarah Orang Arab mengguna perkataan ‘Mina’ dikeranakan tempat yang digunakan manusia untuk berkumpul. Ianya terletak diantara Mekkah dan Muzdalifah. Jemaah Haji akan mula memenuhi kawasan Mina pada 9 Dzulhijjah (hari Mabit, bermalam) dan melontar jamrah dari 11 hingga 13 Dzulhijjah.


Disebutkan bahawasa, di kawasan Mina dahulunya mempunyai beberapa buah masjid yang memiliki sejarahnya tersendiri, antaranya;


  • Masjid Manhar; berada diantara dua jumrah iaitu, Ula dan Wustha. Dikatakan bahawa Nabi saw pernah bersolat disitu dan menyembelih haiwan qurban.

  • Masjid al-Kauthar; berada di tengah Mina dan disebut bahawa surah al-Kauthar diturunkan ke Nabi saw di situ.

  • Masjid al-Mursalat; masjid kecil yang terletak di kaki Gunung Shabih sebelah selatan Masjid al-Khaif.

  • Masjid Aisyah; berada di kaki Gunung Tsabir diatas lokasi Masjid al-Kabsy.

  • Masjid al-Kabsy; berada di bawah Gunung Tsabir di sebelah kiri jalan dari Mina ke Arafah. Dikatakan dalam sejarah, bahawa ini adalah lokasi tempat penyembelihan haiwan qurban ‘tebusan’ dalam menggantikan Nabi Ismail as

Tanda Tempat Penyembelihan Nabi Ibrahim as

Tanda tempat penyembelihan Nabi Ibrahim as

  • Masjid al-Khaif; juga disebut sebagai Masjid al-Mu’aisyumah kerana ada pohon al-Mu’aisyumah. Ianya lebih dikenali dengan nama Masjid al-Khaif yang membawa erti tempat tinggi di bumi. Ianya dibangunkan oleh Nabi saw di kaki Gunung Shabih.

Waktu penyembelihan dan Jemaah Haji di Mina Sohibul Qurban dibenarkan untuk melakukan penyembelihan diantara salah sati hari pada 10 hingga 13 Dzulhijjah (laksanakan sebelum masuk waktu Zuhur).


Manakala, bagi mereka yang menunaikan ibadah haji - berikut adalah aturan yang perlu dilaksanakan:

  • 10 Dzulhijjah; melontar jamrah Aqabah, bercukur serta membebaskan diri dari pemakaian Ihram.

  • 11 hingga 13 Dzulhiijah; melontar tiga jamrah: Ula, Wusta dan Aqabah dengan setiap jamrah adalah 7 biji batu kerkil (kecil)


Dua Ibadah, Satu Tujuan Kedua-dua ibadah yang dilaksanakan oleh seorang Hamba merupakan petunjuk yang diajar oleh Nabi saw serta wahyu Ilahi.


Bagi perlaksanaan ibadah Haji, ketaqwaan merupakan satu tuntutan sebelum menunaikan maupun selepas menunaikan. Kerana di dalam haji, kita dididik dan ditarbiyah pada perihal adab dan akhlak. Allah swt nyatakan dalam surah al-Baqarah. S2:A197:

“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal”.

Begitu juga bagi sohibul qurban (rujuk perbincangan diatas - Surah al-Hajj. S22:A37), taqwa adalah kesan yang harus kita dapat untuk bekalan sepanjang hayat.

Taqwa adalah kata asal dari perkataan وقى yang membawa erti; memelihara / melindungi / menjaga. Kita memelihara ibadah kepada Allah swt agar terlindung dari sifat-sifat kesyirikan supaya ia dapat menjaga kita menuju Allah swt dalam mencari redhanya. Perkataan ini diulang sebanyak 258 kali dalam pelbagai bentuk dan arahan oleh Allah swt kepada hambanya.

Dengan itu, tujuan khusus ibadah yang dilaksanakan pada Dzulhijjah adalah membina Taqwa seorang hamba. Malah kalua disoroti kisah Nabi Ibrahim as juga membawa pesanan Taqwa. Pesanan Allah swt melalui surah al-A’araf. S7:A35:

“Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa yang bertakwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”.


Hasilnya, Allah TELAH datangkan kepada kita para rasul beserta kisahnya: baca serta hayati agar terbina kemantapan TAQWA diri. Andai benar-benar kita dapat merasa TAQWA, usah khuatir jika dijemput Allah swt.

(Penulisan ini berkongsi dengan Anjung Turizm Services Pte Ltd)


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page