top of page

GE 2020; SIAPA PILIHAN UNTUK DI (X)?

  • Jul 16, 2020
  • 2 min read

09 July 2020 - hari BERTENANG, tiada perbincangan Manifesto, tiada jalan-jalan bertemu penduduk untuk meraih undi, tiada usaha lagi– HANYA MENANTI HARI PEMBUANGAN UNDI.

Rakyat mengundi mencari WAKIL RAKYAT yang setidak-tidaknya memahami minda dan emosi rakyat marhaen. Jadi tidak salah sekiranya dikatakan bahawa RAKYAT MENCARI PEKERJA UNTUK MEREKA BEKERJA. Mungkin bunyinya agak kasar. Tapi begitulah hakikat DUNIA POLITIK. Terkadang percaturan itu Cantik, malah terkadang ianya tersilap membawah Padah.


Bagaimana RAKYAT ingin mencari atau menyerahkan MANDAT KERJA?

Persoalan yang perlu difikirkan secara kritis bukan asal TEMBAK dengan rasa tak puas hati atau pembela panji yang merasa terhutang budi. Mungkin beza nya ‘pembangkang’ di negara kecil cosmopolitan ini bukan ingin merampas atau mengusir kerajaan. Secara objektif, ianya lebih kepada ‘check and balance’ di dalam Parlimen.


Surah al-Qasas. S28:A26

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang KUAT lagi dapat DIPERCAYA".


Dalam ayat ini, pembayang yang diberikan agak jelas iaitu; KUAT dan DIPERCAYAI. Sebagai rakyat marhaen yang mempunyai kuasa untuk mengundi, cuba diusahakan untuk mempertimbangkan calon-calon yang bertanding itu pada dua sikap ini.

Apa yang dimaksudkan KUAT? al-Qawiy = Yang Maha Kuat : Yang Menganugerahkan Kekuatan Kepada Setiap Makhluk.

Melantik seorang PEKERJA dalam usaha mereka memahami keperluan RAKYAT untuk disuarakan di dalam PARLIMEN seperti ‘wakil’ KETUA yang melindungi ahli keluarganya.


Di dalam teori kepimpinan, ianya dirujuk sebagai COMPETENCIES; Combination of:

  1. Practical and Theoretical Knowledge

  2. Cognitive Skills

  3. Behavior

  4. Values used to improve performance; or as the state or quality of being adequately or well qualified, having the ability to perform a specific role.

Apa yang diertikan dengan DIPERCAYAI? al-Amin dengan kata dasar merujuk kepada (A ma Na) yang diulang sebanyak 879 kali di dalam al-Quran.


Ianya memperkatakan perihal CHARACTERISTIC; Qualities that form the foundation of all other human qualities include: (These qualities define who we are as human beings)

  1. Honesty

  2. Integrity

  3. Courage

  4. Self-Awareness

  5. Whole hardheartedness


SOKONGAN JELAS – UNDI ADALAH RAHSIA

Sebagai rakyat,

  1. ambil tahu calon serta Parti yang bertanding di kawasan anda.

  2. Berikan perhatian pada WAKIL RAKYAT ketika mendekati rakyat.

  3. Sekiranya mampu, fahami manifesto yang dijanjikan.

Esok hari bertenang, diharapkan kita pun ikut BERTENANG, hari Jumaat (10 July 2020) laksanakan TANGGUNGJAWAB – DIPANGKAH (X) macam ni ye.


HARAPAN kita untuk Singapura, tentukan BERSAMA-SAMA.



 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page