KISAH 2013 - ADA YANG NAK DISAMPAIKAN MELALUI KISAH ITU KE?
- May 6, 2021
- 2 min read
Serious ah ayat aku keluar TV mcm tu..šš.
Surat At-Taubah Ayat 105

Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
Mengikut Tafsir as-Sa'di, karangan Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di, pakar tafsir abad 14 dan juga Tafsir Al-Wajiz karangan Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, pakar fiqh dan tafsir negeri Syria menyatakan bahawa ayat 105 ini ditujukan kepada golongan Munafik.
Namun begitu, bagi golongan yang berIman dengan al-Quran tidak harus menolak untuk tidak mengambil pengajaran darinya.
Sebahagian ahli Ilmu seperti: Syaikh Dr. Muhammad Sulaiman Al Asyqar, Syaikh Prof. Dr. Imad Zuhair Hafidz dan Syaikh Dr. Shalih bin Abdullah bin Humaid menggunakan ayat atau merujuk kepada 'Orang-orang yang bertaubat'.
Ada sisi besar dalam wahyu yang sedang disampaikan oleh Allah swt pada ayat ini:
Rujukkan ayat ini pada diri kita, sedarkan diri kita untuk bertaubat. Amalan mudah dan ringkas, perbanyakkan lafaz Istighfar dan Saiyidul Istighfar.
Perbanyakkan amal kebaikan;
Urusun Physical + Spiritual =Dekatkan diri pada Allah sekerap yang mungkin
Untuk Emosi = Jangan terus menyombong, belajar untuk HORMAT orang lain
Untuk Intellectual = Nak jadi manusia yang mencari Ikhlas, tidak cukup dengan amalan tetapi harus terus pertingkatkan diri dengan ILMU sebagai menyahut seruan Ilahi yang pertama dan utama.
3.Jauhi sifat yang bercirikan Munafik, perteguhkan prinsip kebenaran sepertimana sifat Rasulullah saw. Andai ada rasa Cinta pada Nabi saw, luahkan melalui akhlak diri sendiri.
4.Sedar bahawa sesuatu ketentuan (Qada' & Qadr) itu bersifat Ghaib, hanya Allah swt mengetahui. Sekiranya terjadi dan terpilih, ketahuilah pasti ada surat cinta dari Ilahi yang sedang diwarkahkan pada kita.
Apakah kisah lalu mampu berulang kembali? Tapi yang mana dan bagaimana? Ku serahkan istikharah ku pada Ilahi......
Comments