NIKMAT APA LAGI YANG KAU INGIN DUSTAKAN - MAHU JADI MANUSIA RUGI?!
- Jan 16, 2021
- 1 min read
Jalan menuju lurus itu MUDAH andai aturan difahami dan diikuti. Namun dalam menuju lurus, pasti ada mehnah dan ujian serta tribulasi. Semuanya berbalik pada diri MANUSIA, ketenangan bagaimana yang ingin dicari.
Surah al-Baqarah. S2:A64
ثُمَّ تَوَلَّيْتُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۖ فَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ لَكُنتُم مِّنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
Kemudian kamu berpaling setelah (adanya perjanjian) itu, maka kalau tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya atasmu, niscaya kamu tergolong orang yang rugi.
01 September 2012
Saya ambil dan terima janji serta akad bersama seorang wanita yang selepas itu bergelar ISTERI. Bergelar juga sebagai seorang SUAMI.
Pelbagai jalan dan ada kalanya juram yang kami jatuh dan naik semula. Semuanya adalah perjalanan hidup, TERUSKAN SYUKUR pasti ALLAH bantu berikan sinar depan.
JANGAN sesekali BERPALING - kerana disitu ada BAHAYA menanti, pasti Allah akan tarik dan cabut pelbagai RAHMAT dan KARUNIA nya.
Apa lagi yang INGIN KAU DUSTAKAN?
06 Jan 2018, ALLAH swt berikan NIKMAT terindah selepas 5 tahun penantian. Bukan mudah tapi itu lah TANGGUNGJAWAB. Gelaran diangkat sebagai ABI & UMMI.
Selama 5 tahun, falsafah mudah berkenaan cahayamata 'Ketika manusia tak nak, mudah Allah berikan. Ketika manusia nak, Allah hadirkan pelbagai ujian. SABAR lah duhai hati'.
01 SEPTEMBER 2020
Perjalanan ini baru sahaja sampai 8 tahun. Masih jauh pelayaran ini, sampai ke mana destinasi nya? BIARLAH BERHIMPUN SEMULA DI SYURGA Nya.
Aku janji;
Tidak merugikan perjanjian
Mengukuhkan perjanjian
Bangun bersama janji
Bangkit segar dalam janji!

Comments