PATAH SAYAP, BERTONGKAT PARUH
- Jan 16, 2021
- 2 min read
Surah al-Ma'idah. S5:A114
قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ ۖ وَٱرْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama".
Nabi Isa as tidak lokek dalam berdoa pada Allah swt kerana permintaannya akan perihal rezeki itu berbentuk sepanjang zaman.
Kenapa disebut عِيدًا hari raya? Kerana sifat 'hari raya' itu adalah kegembiraan pada rezeki yang diberi. Namun dalam gembira itu, jangan sesekali lupa adanya ketentuan Allah dalam memberi/menerima rezeki. BERSYUKURLAH!.
Dalam keadaan pandemic covid, ramai yang berhadapan pelbagai kesulitan. Secara peribadinya saya terlibat dengan Outbound Tourism. Ianya seperti Tsunami yang menenggelamkan dunia dan bukan daerah. Tiada yang dapat menjangkakan inilah situasi nya sekarang. Mahu ke sana, eh dah dibuka. Mahu ke sini, eh dah Ok. Tapi berada pada negara yang mengutamakan keselamatan, 'terkunci' itu lebih baik walau ianya perit.
Ianya seperti Patah Sayap Bertongkat Paruh, berusahalah sehabis mungkin. Ketepikan keselesaan bak kayangan, seperti kata kawan "At the end of the day, you still need to put something on the table for the family".
2 bulan yg cukup diisi dengan pengalaman berharga, tak pernah terfikir ini lah 2nd career dalam keadaan pandemic. Itulah industry yang masih ditagih dan diperlukan. Jiwa kental, boleh sahaja mencuba. Jangan terbayang kerja nih, senang je!. Sila masuk gelanggang, then u can talk about it. Ada yang kata, ikut nasib.

Semalam, "Charlie 1 to Control, signing Off duty"...berakhir tugas Security Officer di construction site Woodlands Health Campus. Monday nanti, kita buka yang lebih baru...
Comments