top of page

PERINGATAN UNTUK YANG HIDUP

  • May 6, 2021
  • 2 min read

Allah swt berfirman di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 155:

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.


Hari ini Allah melatih diri kita untuk bersabar, melepaskan Arwah dalam keadaan sebaik-baiknya kepada Sang Pencipta.


Kemudian Allah swt menyambung pada ayat yang ke 156:

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".


Bukan hanya LAFAZ yang kita ungkapkan, tetapi menyegerakan untuk kita sama-sama uruskan Arwah untuk diserahkan kepada Sang Pencipta-Nya.


Benar kata Allah swt; "Setiap yang bernafas/bernyawa, pasti akan MATI". Kukuhkan diri dan Iman, kerana ini adalah tempat persemadian yang kekal dan abadi. Hari ini kita mengurus dan mengiringi Arwah ke tempat persemadian, mungkin nanti atau esok kita juga bakal menyusul.


Masa hidup atas DUNIA, kerjakan Ibadah perbanyakkan amal. Kasih nya Nabi saw pada Hambanya menyatakan dalam hadith yang masyhur, "Bilamana mati anak Adam, terputus segala amalnya. Kecuali 3 perkara: (2 perkara telah diuruskan oleh Arwah)


  1. Sedekah Jariah - segala apa yang telah arwah berikan, hulurkan sebagai sedekah, semoga itu mampu menyinari hidup arwah.

  2. Ilmu yang bermanfaat - Semoga segala Ilmu yang arwah pelajari mampu dan dapat untuk menjawab persoalan Malaikat; Siapa Tuhan Kamu? Siapa Nabi Kamu? Apa agama kamu? Mudah-mudahan urusan arwah dipermudahkan.

  3. Anak Soleh yang Mendoakan kedua orang tuanya - Arwah tinggalkan anak, cucu dan cicit bersama seluruh ahli keluarga besar, saudara mara dan yang mengenali arwah, beliau masih ada harapan untuk merasa tenang. Sama-sama kita jalankan tugas dan amanah untuk mendoakan kesejahteraan arwah.

Peringatan terakhir untuk diri saya dan semua yang hadir, Imam as-Syafiee menyatakan sekiranya satu surah ini sahaja yang diturunkan cukup untuk manusia.


Surah al-Asr sebagai bukti Sumpah dan Janji Allah dengan masa. Allah beri peringatan pada Manusia agar tidak lalai dan leka.


Namun Allah berikan harapan untuk Orang-orang yang Beriman, nak dapat Iman adalah dengan ILMU, belajarlah Ilmu agar kita dapat berIman dan beramal selagi hayat kita masih ada.

Allah swt juga menyatakan tentang Amal Soleh, jangan sesekali tidak utk beramal agar ianya menjadi bekalan kita menuju kehidupan yang kekal Abadi.


Terakhir, Allah swt ingatkan kita untuk berpesan-pesan dengan kebenaran - Mati itu Benar dan yang terakhir adalah dengan kesabaran; Bersabarlah hati, jangan meratapi - merelakan arwah pergi dengan tenang.

Arwah Suyod bin Karmo adalah bapa kepada Bapa saya, beliau menghembuskan nafas yang disahkan oleh Dr pada jam 0435. Perginya dalam keadaan tenang dan mudah. Urusan mandi bermula jam 8am, walaupun ada yang kata awal - tapi itulah yang sebaiknya. Jam 10am dah siap untuk bergerak ke tanah perkuburan.


Memandangkan Bapa saya adalah anak Sulung beliau, hadiah terakhirnya adalah mengimami solat jenazah. Cucu2 lelaki yang mampu mengambil tugas menguruskan jenazah dari awal hingga ke liang lahad. Saya yang menyampaikan Tazkirah di atas kubur (Text diatas adalah ucapan saya)


Semua urusan pengurusan, selesai jam 11am. Alhamdulillah!


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page