top of page

PERJALANAN MENUJU KEKAL ABADI

  • Jan 27, 2021
  • 1 min read

Surah al-Baqarah. S2:A156

.....ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

...(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir Yang Maha Esa

Telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati'


Khabar Duka hadir pada 23 Sep 2020, suatu yang diluar jangkaan. Ternyata itu tulisan Qada' dan Qadr dari Ilahi. Sebagai hamba, terima dengan penuh kesabaran.


Arwah 'Abdul Kahar bin Senian' antara contoh nyata yang boleh kita raih hikmah dan pengajaran. Bermusafir seisi keluarga dalam menuntut ilmu - merupakan satu usaha yang harus diteliti, selebihnya bertawakal. Bermula dari Jordan, sampai ke Kelantan hingga ke Pekanbaru, Riau. Hebat insan ini!.


Sementara menanti ketibaan jenazah, seorang anak datang menyapa, "Ini Abg Nazree kan?" Terpinga seketika. "Ini siapa?". "Saya, Usama anak arwah no 3". Siapa yang pernah sekelas dengan isteri arwah (Kak/Cik Nora) pasti ingat moment yang tak boleh dilupakan. Semua orang duduk atas kerusi, dia dan anak akan duduk dibawah lantai.😄. Ambil periksa, kdg2 Usama ada di belakang atau ada sahaja yang sudi menjaga. Senang kata yang siswi semua mempraktikkan skill untuk menjadi seorang Ibu. 😉


Sempat bertanya ke beliau bagaimana keadaan arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Anak arwah menjelaskan bahawa keadaan seperti biasa sahaja pagi itu. Beliau menyatakan bahawa arwah sedang berjalan dan kelihatan seperti ingin jatuh dan disambut oleh anaknya. Selepas itu arwah menghembuskan nafas terakhir. Allah Akbar!.


Bertemu juga dengan anak arwah yang Sulung Abu Ubaidah Amir - saya sampaikan Salam Takziah mewakili Alumni IPI, Kelantan. Dua tahun bersama arwah merupakan hadiah terindah untuk kita kenang bersama.


Selamat Jalan Teman, Sahabat - KAMI pasti menyusul mengikuti langkahmu. KAMI bersaksi kamu adalah Insan yang Baik.


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page