top of page

RINDU KEPADA MASJID

  • May 6, 2021
  • 2 min read

Ianya merupakan salah satu Bab yang dibicarakan oleh Dr Majdi al-Hilali dalam buku beliau Di Hati Kita Bermula. Indah susunan serta perbincangan beliau. Diambil perbincangan dari Surah an-Nur pada ayat 35 hingga 37.


Pada ayat 35;

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi


Sahabat Nabi saw, Anas bin Malik ra menyatakan 'cahaya' itu adalah petunjuk. Manakala Abdullah bin Abbas memaknakannya dengan Allah pemberi hidayah kepada penduduk langit dan bumi.


Ayat 36;

Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,


Ayat 37;

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.


Hidayah Allah swt itu mudah dekat atau sampai jika hambanya senantiasa bertasbih pada waktu pagi dan petang walau sesibuk mana urusan duniawi. Jangan dijadikan urusan itu penghalang untuk tidak dekat dengan Allah swt, kerana hati akan digoncang pada bila-bila masa tanpa hamba mengetahuinya. Masjid sebagai tempat alat bantuan untuk kita benar-benar merasa sujud seorang hamba.


Alhamdulillah, dah sebulan juga 'back to where my journey used to be'. Walau pernah diungkap, tidak mungkin kembali - siapa yang mampu mengalahkan aturan Ilahi. Peluang terbuka, maka kita laksanakan amanah selagi daya.


Ayat diatas sebagai muhasabah untuk kita bertugas semula. Terkadang mungkin dahulu itu hanya merasakan bahawa, "Oh tugas Ustaz kat masjid lah". Ternyata tugas kalau tidak didasari atas kalam wahyu; dia either you made it or you just following the flow. Itulah pengajaran saya dari pengalaman yang hidup.


Asal content diatas adalah untuk Kuliah Subuh bulan January ketika sebahagian masjid-masjid membuka semula kuliah physical. Tidak disangka, bukan hanya sekadar perkongsian biasa tapi ianya mendatangkan manfaat yang luar biasa.


Sebagai PETUGAS, tanggungjawab serta amanah Ilahi ini perlu ku jaga dan sampaikan. Sebahagian manusia mencari MASJID, maka tugas nya adalah bagaimana berkongsi agar:

  1. Semarakkan ilmu agar hidayah untuk semua kekal bersama.

  2. Manusia inginkan bertasbih; bagaimana dan apa cara/kaedah yang terbaik dalam memahami tasbih?

  3. Masjid; tempat bersujud - apa yang perlu untuk menjadikan seorang hamba itu bersujud dengan penuh rendah diri dan merasa kehambaan.

  4. Keperluan membina jambatan kesederhanaan; kejarlah impian setinggi langit, jangan lupa pada Redha yang paling utama. Solat dan Zakat menjadi nadi kehidupan serta falsafah kesederhanaan.

Berat? Sungguh terasa berat bila difikir dan direnung. Tapi, itulah kehidupan. Kalau takut memikul tugas hidup, meminta mati juga bukan penyelesaian terbaik. Apa yang ada sebagai pilihan?


Syukur, zaman kecanggihan teknologi maklumat mengizinkan manusia meneroka pelbagai bentuk untuk melahirkan hidayah. Difahami atau diamal atau pun tidak, disisi Rabb-Nya telah ada bahagian kita. Tetapi bila petugas, membiarkan dan tidak berusaha membina hidayah, takut nanti dipersoalkan.


Harapan saya, semoga khidmat ini adalah pengalaman dalam menabur sekelumit ilmu sebagai legasi hidup.


Bersama Masjid Kassim, Nadi Pembangunan Insan Kamil.


 
 
 

Comments


Featured Review
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page